Minggu, 10 Juli 2016

FIRA Jadi Platform Lahir Saintis, Jurutera Negara

FIRA jadi platform lahir saintis, jurutera negara

Penganjuran Kongres dan Kejohanan Persekutuan Robot Bola Sepak Antara bangsa (FIRA) Piala Malaysia menjadi medium terbaik untuk negara melahirkan saintis dan jurutera yang mampu bersaing di peringkat antarbangsa. 

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pendedahan terhadap bidang robotik masih baru di negara ini jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.

"Kejohanan FIRA Piala Malaysia merupakan Platform yang baik bagi menterjemahkan teori yang dipelajari semasa proses pengajaran kepada projek masa sebenar yaitu sistem robot bola sepak dan kemahiran mengendalikan peralatan elektronik serta komputer. 

"Pertandingan ini juga dapat membentuk sikap kreatif dalam diri pelajar karena kreativiti merupakan salah satu ciri yang dihendaki syarikat multinasional untuk mencari pekerja, "katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Kejohanan FIRA Piala Malaysia di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan ketua pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Datuk Mohilis jaafar.

Justeru katanya, perbandingan berkenaan wajar diteruskan agar kemahiran pelajar dapat ditengahkan seterusnya mampu membuka mata pihak industri tentang kelebihan dalam bidang robotik, sains dan teknologi.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan politeknik mempunyai peranan yang besar dalam mencorak masa hadapan bidang pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.

Katanya, ini karena pelanggan dan pemain industri meletakkan kehendak yang semakin tinggi dan mencabar pada hari ini.

Sementara itu, Mohlis dalam sidang media berkata, Jabatan politeknik telah mewujudkan dua Pusat Robotik bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan pelajar bidang berkenaan.

"Dua pusat berkenaan diwujudkan di politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim. la kini dalam peringkat pelaksanaan dan kita akan menambah kelengkapan yang diperlukan dari semasa, "katanya.

Dalam pada itu Mohlis menambah, komitmen dan pernyataan yang ditunjukkan dalam kejohanan selama enam hari bermula dari 29 mei itu menunjukkan kejayaan yang memberangsakan dengan merekodkan jumlah penyertaan paling banyak sepanjang penganjurannya.

Ia disertai 86 pasukan dari pada 23 institusi pengajian tinggi dari politeknik serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Sebanyak enam kategori dipertandingan dalam kejohanan kali ini yang menyaksikan Politeknik Port Dickson dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar